Sunday, February 8, 2009

Fatwa : Hukum Umat Islam Menyambut Hari Kekasih (Valentine's Day)


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-71, yang telah bersidang pada 20-22 Syawal 1426 Hijriah bersamaan 22-24 November 2005 di Kuching Sarawak telah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Antara Hujah Keputusan Tersebut Adalah Seperti Berikuit :

1. Sejarah Valentine's Day tidak ada di dalam Islam. Budaya perayaan ini mempunyai unsur-unsur kristian dan bercanggah dengan Islam.

2. Di Dalam Islam tidak ada hal tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitik beratkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.

3. Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine's Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkan boleh menggugat aqidah Islam.

4. Sekiranya sesaorang itu berhasrat untuk memberi hadiah kepada sesaorang pada 14 Febuari bersempena dengan valentine's Day, perbuatan tersebut adalah tidak betul kerana seolah-olah meraikan konsep yang dibawa oleh Valentine's Day.

5. Valentine adalah asal nama sebenar St.Valentino iaitu seorang paderi yang paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol dan juga merupakan antara orang yang terpenting yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol. Oleh itu, Ratu Isabella telah menetapkan 14 Febuari sebagai hari mengingati kemenangan kristian terhadaop Islam . maka, barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan umat Islam di sepanyol.

ruj: www.johordt.gov.my/mufti

No comments:

Template by:
Free Blog Templates