Friday, December 26, 2008

Do'a Akhir Tahun 1429 hijrah



Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.



Ertinya:

Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Allah SWT berselawat ke atas junjungan kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.Ya Allah Wahai Tuhan Kami, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini terhadap hal-hal yang Engkau larang aku untuk melakukannya dan aku masih belum bertaubat. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat atas kelalianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunan-Mu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian atas apa yang Engkau ridhai dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepada-Mu.

Ya Allah Wahai Tuhan Kami, Wahai yang Maha Pemurah, Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepada-Mu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas junjungan kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengaruniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Do'a Awal Tahun 1430 hijrah




Doa Awal Tahun dibaca 3 kali sesudah maghrib pada malam satu Muharram.


Ertinya:
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Allah SWT berselawat ke atas junjungan kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Ya Allah Wahai Tuhan Kami, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. Yang awal dan atas kelebihan-Mu yang besar dan kemurahan-Mu yang berlimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dari-Mu disepanjang tahun ini dari syaitan dan para pembantunya dan dari bala tentaranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepada-Mu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Tuesday, December 9, 2008

TAQARRUB ILALLAH

MAKSUD TAQARRUB
berasal dari perkataab qaruba (ٌ‫قَرُبَ-يَقْرُبُ-قُرْبَا-قَرِيْب‬artinya = dekat ,( • kata taqarrub dalam bahasa Arab (ٌ‫ ) تَقَرّبَ – يَتَقَرّبُ – تَقَرّبا - مُتَقَرّب‬artinya = mendekat • taqarrub ilallah (ِ‫اَلتّقَرّبُ إِلىَ ا‬artinya = ,( mendekatkan diri kepada Allah • kita aktif mendekatkan diri, Allah yang kita dekati berjanji akan mendekati kita (HR.Bukhari)

CARA TAQARRUB ILALLAH
1. Membaca Al Quran
2. Solat Malam
3. Bergaul dengan orang-orang sOleh
4. Puasa sunat
5. Qiamullail

ANTARA DALIL TAQARRUB ILALLAH
1. Sajadah:16-Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka

2.Saba [34]: 37 ‫ومَا أَمْوَالُكُم وَل أَوْلدُكُم بِالّتِي تُقَرّبُكُم عِندَنَا زُلْفَى‬ ْْ ْ َ َْ َ ِ‫إ ِل مَن ءَامَن وَعَمِل صَالِحًا فَأُولَئِك لَهُم جزَاء الضّعْف‬ ّ ُ َْ َ َ َ ْ ‫بِمَا عَمِلُوا وَهُم ف‬ ْ َ‫ِي الْغُرُفَات ءَامِنُون‬ ِ “Dan sekali-kali bukanlah harta dan bukan (pula) anak- anak kamu yang mendekatkan kamu kepada Kami sedikitpun; tetapi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, mereka itulah yang memperoleh balasan yang berlipat ganda disebabkan apa yang telah mereka kerjakan; dan mereka aman sentosa di tempat-tempat yang tinggi (dalam sYurga).”

3. Hadits Bukhari tentang sikap Allah kepada hamba- Nya yang bertaqarrub kepada-Nya: ِ‫عَن أَنَس رَضِي ا عَنْه عَن النّبِي صَلّى ا عَلَيْه‬ ُ ّ ِ ُ َُ ٍ ْ ‫وَسَلّم فِيْما يرْوِيْه‬ ِ ََ َ ‫عَن رَبه عزّوَجَل قَالَ: إِذَا تَقَرّب الْعَبْد إِلي شِبرًا‬ ْ َُّ َ ّ َ ِّ ْ ،‫تَقرّبْت إِلَيه ذرَاعًا‬ ِ ِْ ُ َ ْ‫و إِذا تَقَرّب إِلَي ذِرَاعًا مِنه باعًا، و اِذَا أَتَانِي يَمْشِي‬ ْ َ َ ُْ ّ َ ََ ً‫أَتَيْته هرْوَلة‬ َ َ ُُ Jika seorang hamba mendekat kepada-Ku“ sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta; jika ia mendekati-Ku sehasta, aku akan mendekatinya sedepa; jika ia datang kepada-Ku dengan berjalan,

4. Hadits Bukhari tentang Taqarrub yang disukai Allah SWT ُ‫»وَمَاتَقَرّب إِلي عَبْدي بِشَيْء أَحَب إِلَي مِمّا افْترَضْت‬ َ ّ ّ ٍ ِْ ََّ «ِ‫عَلَيه‬ ْ Dan tiada bertaqarrub (mendekat) kepada-Ku“ seorang hamba dengan sesuatu yang lebih Ku sukai ” dari pada menjalankan kewajibannya (Shahih Bukhari Juz XI, hal. 299, 297 )

5. َ‫»وَمَايَزَال عَبدِي يتَقَرّب إِلي بِالنّوَافِل حَتّى أُحِبّه فَإِذا‬ ُ ِ َُّ َْ ْ ُ ِ‫أَحْبَبْته كُنْت سَمْعَه الذِي يَسْمَع به وَبَصَرَه الذِي يُبْصر به‬ ُِِ ْ ُّ ُِِ ْ ُّ ُ ُُ ْ‫وَيَده الّتِي يَبْطِش بِهَا وَرِجْله الّتِي يَمْشِي بِهَا، وَلَئِن سَأَلَنِي‬ ْ ْ ْ َُ ُ ْ َُ «ُ‫َلعْطِيَنهُ، وَلَئِن اسْتَعَاذَنِي َلعِيْذَنّه‬ ُ ِ ّ ُ Tiada henti-hentinya hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku“ dengan perbuatan-perbuatan sunnah nafilah sehinggga Aku mencintanya. Kalau Aku sudah mencitainya, maka aku akan menjadi pendengarannya yang ia mendengar dengannya dan Aku akan menjadi penglihatannya yang ia melihat dengannya; dan Aku akan menjadi tangannya yang ia pergunakan; dan Aku akan menjadi kakinya yang ia berjalan dengannya. Jika ia meminta kepada-Ku niscaya akan Kuberi apa yang ia minta; dan jika ia memohon ”perlindungan pada-Ku niscaya Aku lindingi (lihat Fathul Baari, Syarah Shahih Bukhari, XI/341-345

6. Hadits tentang dzikir di malam hari yang biasa‬‬ ‫:‪dibaca Rasulullah saw. sebelum shalat tahajjud‬‬ ‫.‪Sahabat Ibnu Abbas meriwayatkan hadits bahwasanya Nabi saw‬‬ ‫:‪pada saat bangun malam untuk bertahajjud mengucapkan‬‬ ‫]اَللّهُم لَك الْحَمْد أَنْت قَيّم السّمَوَات و اْلرْض وَمَن فِيهِنّ‬ ‫ْْ‬ ‫ِ‬ ‫ََِ‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫ُ‬ ‫َّ‬ ‫وَلَك الْحَمد لَك مُلْك السّموَات وَاْلرْض وَمَن فِيهِن وَلَكَ‬ ‫ّْْ‬ ‫ِ‬ ‫ََِ‬ ‫ُ‬ ‫ُْ َ‬ ‫َ‬ ‫الْحَمد أَنْت نُور السّمَوَات وَاْلرْض ومَن فِيْهِن وَلَك الْحَمدُ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫ّ‬ ‫َِ ْ‬ ‫َِ‬ ‫َ ُْ‬ ‫ُْ‬ ‫أَنْت الْحَق وَوعدُك الْحَق وَلِقَائُك حَق وقَوْلُك حَق وَالْجَنّةُ‬ ‫ّ‬ ‫َ‬ ‫َّ‬ ‫َ‬ ‫ّ‬ ‫ّ َْ َ‬ ‫َ‬ ‫حَق وَالنّار حَق وَالنّبيّوْن حَق وَمُحَمد صَلّى ا عَلَيهِ‬ ‫ُْ‬ ‫ٌّ‬ ‫ّ‬ ‫َِ‬ ‫ّ‬ ‫ُ‬ ‫ّ‬ ‫وَسَلّم حَق و السّاعة حَق اَللهُم لَك أَسْلَمْت وَبِك آمَنْتُ‬ ‫َ‬ ‫ُ‬ ‫َّّّ‬ ‫َُ‬ ‫َّ‬ ‫َ‬ ‫وَعَلَيْك توَكلْت وَإِلَيْك أَنَبْت وَبِك خَاصَمْت وَإِلَيْك حَاكَمْتُ‬ ‫َ‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫ََ ّ ُ‬ ‫فَاغْفر لِي مَاقَدّمْت وَمَا أَخّرْت ومَاأَسْرَرْت ومَا أَعْلَنْت أَنْتَ‬ ‫ُ‬ ‫َُ‬ ‫َُ‬ ‫ُ‬ ‫ِْ ْ‬ ‫4002 الْمُقَدّم وَأَنْت الْمؤَخر ل‪َنْت وَلحَوْل وَلقُوة إ ِل

Nukilan:encikshukor@yahoo.com

Sunday, December 7, 2008

Ibadah Qurban


HIKMAH BERQURBAN

1. Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibarahim Alaihissalam yang sangup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail Alaihissalam.

2. Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yan melimpah-ruah.

3. Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

KEPADA SIAPA IBADAH QURBAN DISUNATKAN

1. Menurut Mazhab Syafie, ibadah disunatkan kepada mereka yang mempunyai harta yang melebihi keperluan darinya dan tanggungannya pada Hari Raya Aidil Adha dan hari-hari Tasriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) termasuklah orang yang sedang mengerjakan haji.

2. Manakala kanak-kanak tidak disunatkan melakukan ibadah qurban.

SYARAT SAH QURBAN

1. Haiwan yang hendak diqurbankan itu hendaklah dalam keadaan sempurna tanpa ada kecacatan yang nyata tanpa ada kecacatan yan nyata dan mengurangkan daging atau memudaratkan kesihatan.

2. Ianya dilakukan pada waktu yang dikhususkan untuk menjalankan ibadah qurban.

3. Ibadah qurban hendaklah disertakan dengan niat.

JENIS IBADAH QURBAN
1. Qurban Wajib dan Qurban Nazar :

Bagi daging korban kerana sembelihan wajib seperti nazar maka hukumnya Wajib disedekahkan kesemuanya. Haram ke atas orang yang berkorban itu memakan daging tersebut. Jika telah dimakan daging itu maka Wajib diganti kadar yang dimakan itu tetapi tidak wajib dia menyembelih semula yang lain.

2. Qurban Sunat :
Bagi daging korban sunat pula, adalah Sunat bagi orang yang empunya korban memakan sebahagian daripadanya sebagaimana firman Allah Ta'ala dalam Surah al-Haj ayat 28:
Maksudnya : "….Maka makanlah daripadanya dan beri makanlah kepada orang-orang yang sangat fakir. Wajib disedekahkan sebahagian daripada daging-daging korban sunat itu kepada golongan fakir dan miskin yang beragama Islam dalam keadaan mentah lagi basah (belum dimasak).

Adalah Afdhal jika yang empunya korban itu hanya mengambil sedikit daripada daging korban berkenaan manakala sebahagian besar daripadanya disedekahkan. Daging yang disedekahkan akan menjadi milik penerima sepenuhnya di mana dia boleh menjual, melelong atau menghadiahkan daging tersebut kepada orang lain dan sebagainya.

3. Jika daging korban itu ialah korban disebabkan wasiat dari seorang yang telah meninggal dunia, maka tidak boleh dimakan dagingnya oleh orang yang membuat korban untuknya dan tidak boleh dihadiahkan kepada orang kaya kecuali ada izinnya.

4. Haram menyedekah atau menghadiahkan daging korban kepada orang kafir walaupun sedikit.

5. Tidak harus memindahkan daging qurban ke daerah lain sebagaimana dalam hukum zakat.

6. Haram ke atas orang yang terkorban atau warisnya menjual daging korban itu atau kulitnya atau bulunya atau sesuatu daripada binatang korban itu sebagaimana sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam : Maksudnya:

"Siapa yang menjual kulit korban (udhiyyah) itu maka tiada dikira korban baginya." (Hadis riwayat al-Hakim)

7. Haram menjadikan kulit dan daging binatang korban itu sebagai upah kepada penyembelih, tetapi harus diberikan kepadanya dengan jalan sedekah atau hadiah.

Sumber:al-azim.com

Friday, December 5, 2008

Nama-nama syurga dan neraka


Tingkatan dan nama-nama syurga ialah :-


1. Firdaus
2. Syurga 'Adn
3. Syurga Na'iim
4. Syurga Na'wa
5. Syurga Darussalaam
6. Daarul Muaqaamah
7. Al-Muqqamul Amin
8. Syurga Khuldi

Beribadahlah untuk ke syurga. Kunci ke sana: tinggalkan segala tegahan Allah, buat segala suruhan Nya.


Sedangkan tingkatan dan nama-nama neraka adalah :-

1. Neraka Jahannam
2. Neraka Jahiim
3. Neraka Hawiyah
4. Neraka Wail
5. Neraka Sa'iir
6. Neraka Ladhaa
7. Neraka Saqar
8. Neraka Hutomah

Cukup mudah untuk ke neraka; tinggalkan segala suruhan Allah dan buat segala larangan Nya - nescaya orang yang ingkar akan mendapat azab seksaan di sana

Wednesday, December 3, 2008

Fadhilat Ayat Kursi


Untuk amalan kita semua, fadhilat ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis.
Allahuakbar.
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya".
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad."
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan."
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah."
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya."

Template by:
Free Blog Templates