Sunday, February 8, 2009

Fatwa : Hukum Umat Islam Menyambut Hari Kekasih (Valentine's Day)


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-71, yang telah bersidang pada 20-22 Syawal 1426 Hijriah bersamaan 22-24 November 2005 di Kuching Sarawak telah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Antara Hujah Keputusan Tersebut Adalah Seperti Berikuit :

1. Sejarah Valentine's Day tidak ada di dalam Islam. Budaya perayaan ini mempunyai unsur-unsur kristian dan bercanggah dengan Islam.

2. Di Dalam Islam tidak ada hal tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitik beratkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.

3. Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine's Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkan boleh menggugat aqidah Islam.

4. Sekiranya sesaorang itu berhasrat untuk memberi hadiah kepada sesaorang pada 14 Febuari bersempena dengan valentine's Day, perbuatan tersebut adalah tidak betul kerana seolah-olah meraikan konsep yang dibawa oleh Valentine's Day.

5. Valentine adalah asal nama sebenar St.Valentino iaitu seorang paderi yang paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol dan juga merupakan antara orang yang terpenting yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol. Oleh itu, Ratu Isabella telah menetapkan 14 Febuari sebagai hari mengingati kemenangan kristian terhadaop Islam . maka, barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan umat Islam di sepanyol.

ruj: www.johordt.gov.my/mufti

Qunut Nazilah & Doa Untuk Mujahid Palestin


Friday, December 26, 2008

Do'a Akhir Tahun 1429 hijrah



Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.



Ertinya:

Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Allah SWT berselawat ke atas junjungan kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.Ya Allah Wahai Tuhan Kami, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini terhadap hal-hal yang Engkau larang aku untuk melakukannya dan aku masih belum bertaubat. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat atas kelalianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunan-Mu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian atas apa yang Engkau ridhai dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepada-Mu.

Ya Allah Wahai Tuhan Kami, Wahai yang Maha Pemurah, Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepada-Mu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas junjungan kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengaruniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Template by:
Free Blog Templates