Wednesday, December 3, 2008

Fadhilat Ayat Kursi


Untuk amalan kita semua, fadhilat ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis.
Allahuakbar.
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya".
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad."
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan."
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah."
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya."

No comments:

Template by:
Free Blog Templates